Selasa, 27 Disember 2011

KENAPA ANDA PERLU DATANG KE PAYA INDAH WETLANDS?

Paya Indah Wetlands merupakan salah satu kawasan rekreasi dan riadah yang patut anda lawati. Saya mengatakan begitu kerana ada banyak sebab yang orang tidak tahu seperti kata  pepatah Melayu 'tak kenal maka tak cinta'. Bagi sesiapa yang tahu akan kelebihannya pasti akan sentiasa berkunjung ke sini.




PERCUMA
Kawasan rekreasi di Paya Indah Wetland adalah percuma dan boleh dilawati 7 hari dalam seminggu. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti surau, menara peninjau,  kawasan family, kafe. dan lain2 lagi. Selain itu anda berpeluang melihat binatang-binatang yang bebas di kawasan Paya indah wetland.



BINATANG YANG BEBAS
berbanding dalam zoo, binatang yang terdapat di Paya Indah wetland hidup bebas seperti habitat asal. kalau dalam zoo, binatang terkurung dalam kawasan yang sempit tetapi di paya Indah wetland binatang berada dalam kawasan kurungan yang luas seperti habitat asal. Anda dapat badak hippo berenang dan menyelam dalam kolam yang luas dan dalam. Selain itu, anda dapat melihat 38 ekor buaya yang hidup makan, berenang, berjemur, bergaduh dan menangkap ikan dalam kolam yang luas.Anda juga dapat melihat itik2 dan angsa yang bebas riang berenang. ada juga ungka yang bergayut bebas diatas pokok di pulau ungka. Ada banyak lagi binatang yang bebas di sini. Selain itu, ada binatang yang jinak dan berkeliaran bebas dalam kawasan rekreasi Paya Indah wetland seperti burung merak, landak, memerang dan kongkang.

DEKAT
terletak hanya lebih kurang 15 minit dari KLIA dan putrajaya menjadikan Paya Indah wetlands terletak berhampiran dengan kawasan penduduk padat. selain itu, Paya Indah Wetland merupakan satu-satunya kawasan rekreasi yang paling hampir dengan bandar serta kemudahan jalan raya yang baik. Tak ada sebab mengapa anda tidak datang kePaya Indah wetland.




TAPAK PERKELAHAN UNTUK KELUARGA

Paya Indah wetland juga menyediakan kawasan perkelahan untuk keluarga dengan kemudahan bilik air dan tandas. Terdapat juga tempat untuk anda BBQ dan wakaf untuk anda berehat. Tapak Family juga terletak berhampiran tasik dengan pemandangan  yang indah sambil dihibur dengan kicauan burung murai, ruak-ruak dan pangling.



basikal untuk di sewa
BERBASIKAL
Jika anda malas hendak berjalan kaki mengelilingi tasik dan kawasan rekreasi, anda boleh menyewa basikal di kedai cenderamata. Anda boleh berkayuh beramai-ramai sambil beriadah untuk menyihatkan badan. Sambil beriadah, anak-anak anda boleh belajar tentang kepentingan menjaga alam dan conservasi.

Ada banyak lagi kelebihan semasa anda melawat Paya Indah wetland tetapi saya akan kupas dalam tajuk-tajuk yang lebih besar dalam blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA ICON PAYA INDAH WETLAND

ANTARA ICON PAYA INDAH WETLAND