Selasa, 3 Januari 2012

BUAYA-BUAYA DI PAYA INDAH WETLANDS

sayup mata memandang kolam buaya
Dalam kolam inilah terdapat 38 ekor buaya di Paya Indah wetlands. Terdapat pelbagai saiz buaya yang bebas dalam kolam ini dari yang kecil hingga yang paling besar. Buaya-buaya ini hidup seperti habitatnya yang asal.










Salah seekor buaya terbesar sedang berjemur
Buaya perlu berjemur untuk memulihkan tenaga dalam badannya. Pada hari panas, anda akan dapat melihat buaya-buaya berjemur di tebing kolam. wah, satu pengalaman yang menarik!











dua ekor buaya sedang berkejaran dalam kolam
Oleh kerana kolam buaya di Paya Indah Wetlands luas, anda berpeluang buaya seperti di habitat asal yang berkejaran merebut makanan atau kawasan. Pengalaman sebegini susah hendak dilihat dalam habitat liar kerana kepupusan.

BADAK HIPPO

Hippo dewasa merayau dalam tembok mencari makanan

Badak Hippo yang terdapat di Paya Indah Wetland merupakan hadiah daripada kerajaan Botswana kepada Perhilitan Malaysia. Buat masa sekarang terdapat 3 ekor hippo dewasa dan bersama seekor anak yang baru di lahirkan.










Hippo sedang berenang dan berendam dalam kolam
Hippo memang suka berenang dan berendam. Anda berpeluang melihat hippo tenggelam dan timbul dalam kolam yang luas di Paya Indah wetland. Ini merupakan satu pengalaman yang indah tanpa perlu ke Afrika,










Anda boleh memberi makan kepada hippo
Hippo feeding, di mana anda berpeluang memberi makan kepada hippo pada waktu makan hippo. Tetapi awas, hippo juga berbahaya. Sila awasi anak anda semasa aktiviti hippo feeding.

Isnin, 2 Januari 2012

DEWAN SEMINAR DAN BILIK MESYUARAT

Walaupun Paya Indah Wetlands merupakan satu tempat rekreasi, namun di sini juga terdapat sebuah dewan seminar yang boleh memuatkan 150 orang yang lengkap dengan peralatan seminar. Dewan ini memang sesuai untuk seminar atau kursus. Selain itu, para peserta seminar atau kursus juga boleh melawat sekitar kawasan rekreasi di Paya indah wetlands. Ini merupakan sesuatu yang menarik berbanding berseminar atau berkursus di tempat lain. Paya Indah wetland juga sesuai dijadikan tempat berseminar dan berkursus kerana tempat ini berdekatan dengan pusat pemerintahan negara iaitu Putrajaya, Kadar sewa dewan juga agak berpatutan iaitu sekitar RM 500 untuk sekali guna. Selain itu, di sini juga ada bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 30 orang sekali gus dengan kadar sewa RM 50 sahaja sekali guna.

KAUNTER PERTANYAAN DAN KIOSK AKTIVITI

Sekiranya anda datang ke Paya Indah Wetlands, jangan lupa singgah terlebih dahulu di kaunter penerangan untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang Paya Indah wetlands.Kaunter penerangan terletak dihadapan bersebelahan dengan dewan dan kiosk aktiviti.
Tanpa penerangan yang lengkap boleh menyebabkan lawatan dan aktiviti anda di sini tidak bermanfaat seperti yang sepatutnya. Selain itu, anda juga boleh melihat dan mengetahui pakej-pakej menarik yang disediakan oleh pihak Perhilitan untuk lawatan anda.

Bersebelahan kaunter penerangan ialah kiosk aktiviti. Selepas ke kaunter, anda bolehlah singgah di kiosk. Anda boleh membeli cenderahati sebagai kenangan di sini. selain itu, anda boleh menyewa basikal dan menyewa pancing di kiosk.

Selasa, 27 Disember 2011

KENAPA ANDA PERLU DATANG KE PAYA INDAH WETLANDS?

Paya Indah Wetlands merupakan salah satu kawasan rekreasi dan riadah yang patut anda lawati. Saya mengatakan begitu kerana ada banyak sebab yang orang tidak tahu seperti kata  pepatah Melayu 'tak kenal maka tak cinta'. Bagi sesiapa yang tahu akan kelebihannya pasti akan sentiasa berkunjung ke sini.




PERCUMA
Kawasan rekreasi di Paya Indah Wetland adalah percuma dan boleh dilawati 7 hari dalam seminggu. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti surau, menara peninjau,  kawasan family, kafe. dan lain2 lagi. Selain itu anda berpeluang melihat binatang-binatang yang bebas di kawasan Paya indah wetland.



BINATANG YANG BEBAS
berbanding dalam zoo, binatang yang terdapat di Paya Indah wetland hidup bebas seperti habitat asal. kalau dalam zoo, binatang terkurung dalam kawasan yang sempit tetapi di paya Indah wetland binatang berada dalam kawasan kurungan yang luas seperti habitat asal. Anda dapat badak hippo berenang dan menyelam dalam kolam yang luas dan dalam. Selain itu, anda dapat melihat 38 ekor buaya yang hidup makan, berenang, berjemur, bergaduh dan menangkap ikan dalam kolam yang luas.Anda juga dapat melihat itik2 dan angsa yang bebas riang berenang. ada juga ungka yang bergayut bebas diatas pokok di pulau ungka. Ada banyak lagi binatang yang bebas di sini. Selain itu, ada binatang yang jinak dan berkeliaran bebas dalam kawasan rekreasi Paya Indah wetland seperti burung merak, landak, memerang dan kongkang.

DEKAT
terletak hanya lebih kurang 15 minit dari KLIA dan putrajaya menjadikan Paya Indah wetlands terletak berhampiran dengan kawasan penduduk padat. selain itu, Paya Indah Wetland merupakan satu-satunya kawasan rekreasi yang paling hampir dengan bandar serta kemudahan jalan raya yang baik. Tak ada sebab mengapa anda tidak datang kePaya Indah wetland.




TAPAK PERKELAHAN UNTUK KELUARGA

Paya Indah wetland juga menyediakan kawasan perkelahan untuk keluarga dengan kemudahan bilik air dan tandas. Terdapat juga tempat untuk anda BBQ dan wakaf untuk anda berehat. Tapak Family juga terletak berhampiran tasik dengan pemandangan  yang indah sambil dihibur dengan kicauan burung murai, ruak-ruak dan pangling.



basikal untuk di sewa
BERBASIKAL
Jika anda malas hendak berjalan kaki mengelilingi tasik dan kawasan rekreasi, anda boleh menyewa basikal di kedai cenderamata. Anda boleh berkayuh beramai-ramai sambil beriadah untuk menyihatkan badan. Sambil beriadah, anak-anak anda boleh belajar tentang kepentingan menjaga alam dan conservasi.

Ada banyak lagi kelebihan semasa anda melawat Paya Indah wetland tetapi saya akan kupas dalam tajuk-tajuk yang lebih besar dalam blog ini.

Isnin, 26 Disember 2011

KAWASAN PAYA INDAH WETLANDS

Paya indah Wetlands merupakan rezab tanah bencah(wetland) yang terdiri daripada 14 buah tasik yang dipenuhi dengan tumbuhan akuatik dan terrestrial yang mempunyai nilai estetik dan menyediakan sumber makanan kepada haiwan dan burung secara semulajadi.
Paya Indah Wetlands terbahagi kepada tiga kawasan utama iaitu kawasan rekreasi, kawasan education dan kawasan Conservasi. Pembahagian kawasan ini merupakan satu tindakan bijak untuk meningkatkan rekreasi dan eco pelancongan serta penambahbaikan conservasi.


antara binatang di kawasan rekreasi

KAWASAN REKREASI
Kawasan rekreasi merupakan kawasan yang boleh dilawati oleh pengunjung sepanjang tahun. Setiap pengunjung boleh memasuki kawasan rekreasi tanpa sebarang bayaran iaitu PERCUMA. Di kawasan rekreasi, anda boleh beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Selain itu anda juga boleh berbasikal yang boleh disewa di sini dengan kadar sewa yang berpatutan.Selain berbasikal, anda juga boleh berkayak dan menaiki  paddle boat .

antara haiwan di kawasan rekreasi

KAWASAN EDUATION
Kawasan education merupakan kawasan larangan untuk pelawat kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan Perhilitan. kawasan education terdapat tapak perkhemahan dan merupakan kawasan pendidikan dan research. Untuk memasuki kawasan education, anda juga perlu di temani oleh nature guide. Anda boleh meminta seorang guide dari pihak pengurusan perhilitan atau membawa sendiri seorang guide yang berlesen sahaja. Seorang guide hanya boleh membawa 12 orang pengunjung.

mengayuh paddle boat dalam tasik

KAWASAN   CONSERVASI
Merupakan kawasan pemuliharaan yang dilarang dimasuki oleh pengunjung kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan Perhilitan. Untuk memasuki kawasan conservasi, anda juga perlu di temani oleh nature guide. Anda boleh meminta seorang guide dari pihak pengurusan perhilitan atau membawa sendiri seorang guide yang berlesen sahaja. Seorang guide hanya boleh membawa 12 orang pengunjung. Di sini juga terdapat sebuah rumah Melayu Tradisional yang boleh disewa untuk aktiviti perfileman, perkelahan dan fotografi.





halaman rumah Melayu

SELAMAT DATANG KE PAYA INDAH WETLANDS

papan tanda
 Selamat datang ke Paya Indah Wetlands. (PIW)
terletak dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Jarak PIW hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta 15 minit perjalanan dari Pusat Pemerintahan negara Putrajaya. 
Anda boleh datang ke PIW melalui putrajaya dan Dengkil. Selain itu, anda boleh datang melalui Bandar Nilai dan malalui Bandar baru Salak Tinggi terus ke dengkil.
PIW merupakan tanah rezab benah(Wetland) di bawah kanun tanah negara. Terdapat 14 buah tasik yang wujud hasil perlombongan dan pembalakan hutan paya gambut.
Terdapat 220 tumbuhan akuatik dan terrestrial yang tumbuh secara semulajadi yang menjadi menjadi habitat fauna  terutama burung-burung paya.  Selain itu,terdapat 210 spises burung termasuk burung-burung hijrah yang datang dari China, Rusia, Monggolia dan Siberia.
Setelah diambilalih oleh Perhilitan sejak 1998, pihak perhilitan telah menambah pembaikan dengan melakukan Conservasi beberapa jenis flora dan fauna.

ANTARA ICON PAYA INDAH WETLAND

ANTARA ICON PAYA INDAH WETLAND